Thursday, January 7, 2010

AWAL2 DAH STUDY CAM...

Salam,

Sori ku dh lme x blogging..sengal..msuk form 4 nih..x susah pun subject kcuali klu kita betul focus t'hdp pelajaran..best gak add math..rse bangga je dpt jwb quest. add math..poyo..tp x best ar klu t'pisah ngan kwn2..bila teringat 3besz rse nk nngis je..aku nk citer satu citer yg cam bangang pun ada..(xyah ar citer) benci!..anyway gud luck for bdak pmr thn nih and spm candidates..kak ziha,quya,syira,fuza,awa,atin n bla..bla..thn ni aku nk berubah jd seorg yg teratur(kerek ar) k bye2..nk g....

p/s: amik ar thn dpn sijil panggilan maut menanti aku!!!..2 thn je kat jalil..bai2 cikgu2..ceh cam thn ni je nk spm...

Sunday, January 3, 2010

RENUNG SEKETIKA..


KELUASAN RAHMAT ALLAH

“Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah berfirman,’Rahmat-Ku mendahului murka-Ku.” (Riwayat Muslim)

ASSALAMUALAIKA YA RASULALLAH

Lebih Indah daripada Bulan

Jabri Ibn Samurah r.a. meriwayatkan,’Saya melihat Rasulullah s.a.w. pada suatu malam yang terang-benderang oleh cahaya bulan. Baginda mengenakan baju berwarna merah. Saya menatap Baginda dan memandang bulan. Sungguh, menurutku Baginda lebih indah daripada bulan.”

(Riwayat al-Tirmizi, al-Darimi, Abu Syaikh, al-Hakim dan al-Tabrani)

KERJA RUMAH BANTU TUBUH LEBIH MENAWAN

MENYAPU SAMPAH KUATKAN OTOT

Menyapu sampah merupakan salah satu cara terbaik untuk kamu bersenam. Walaupun kelihatan mudah, tetapi perlu ada teknik-teknik yang betul. Tidak boleh terlalu bongkok, kerana memberi kesan pada tulang belakang.
Selain itu, senaman ini juga mampu membentuk kepadatan tulang dan ini mengurangkan risiko osteoporosis. Bahkan ia memastikan peredaran darah dapat berjalan dengan lancar di samping menguatkan otot lengan. Maka tidak hairanlah apabila dikatakan dengan senaman ‘memegang penyapu’ mampu membakar sebanyak 240 kalori pada bahagian lengan.
Manakala daripada segi emosional pula, kerja rumah ini juga boleh membuatkan kamu lebih bersemangat kerana aktiviti ini merangsang pelepasan beta-endorfin, sejenis hormone yang mencetuskan rasa bahagia dan tenang.

MENGEMOP LANTAI

Mengemop lantai mampu mempercepatkan (memproses) makanan yang dimakan. Ia juga menyihatkan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (berkaitan jantung) dengan merendahkan paras kolestrol. Selain itu, dengan senaman mengemop lantai ia membantu mengawal tekanan darah, mencegah penyakit darah tinggi, mengurangkan risiko penyakit kanser usus dan payu dara.
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik Australia dan China mendapati senaman kerja rumah seperti mengemop lantai atau menyedut hampagas dapat mengurangkan bahaya barah rahim.

MENGELAP TINGKAP

Melakukan kerja rumah dengan cara mengelap cermin tingkap dalam posisi yang salah bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan tubuh malah ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada diri kamu.
Gerakannya yang bertenaga dapat meningkatkan refleks, koordinasi otak dan ketahanan tubuh secara menyeluruh. Ia juga berupaya membentuk badan yang ideal apatah lagi gerakan tangan selari dengan bahagian pinggul dan juga otot paha. Hakikatnya, dengan melakukan aktiviti ini, ia mampu membakar 300 kalori untuk setiap jam, atau bersamaan dengan aktiviti berjalan kaki dan berlari.

MENGANGKAT BARANG

Jangan pandang enteng pada kerja-kerja rumah seperti mengangkat barang atau kotak. Biarpun gerakannya tidak seaktif memegang penyapu, tapi manfaatnya besar. Bagi kamu yang ingin mengurangkan lemak pada bahagian punggung, perut dan paha, senaman ini sesuai dilakukan.
Ini kerana setiap kali kamu mengemas memindahkan perabot-perabot kecil menggunakan tenaga, secara tidak langsung ia sebenarnya memberi tumpuan pada bahagian tertentu iaitu perut, punggung dan paha. Mengangkat perabot kecil umpama memegang ‘dumbell’ yang mana fungsinya adalah sama iaitu memberi penekanan daripada segi menguatkan tulang dan mengencangkan otot paha belakang, punggung, perut dan pinggul.

BERJALAN KAKI

Senaman jalan kaki baik untuk kamu meningkatkan keupayaan badan bagi tujuan memproses gula dengan lebih baik dan membantu aliran darah. Malah tidak keterlaluan juga jika dikatakan, untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menarik, berjalan kaki adalah cara yang paling mudah kerana ia membantu mengawal berat badan.
Bergerak dari satu kerja rumah ke satu kerja rumah yang lain (berjalan antara tiga hingga tujuh minit) mampu memberi perlindungan kepada beberapa penyakit berkait rapat dengan pemakanan.
Paling penting ketika berjalan, postur badan perlu dijaga iaitu dengan menegakkan kepala dan luruskan bahagian belakang badan. Bernafas seperti biasa melalui hidung. Kawal pernafasan, jika tercungap-cungap, kurangkan kelajuan dan berhenti untuk berehat seketika.

PENTING UNTUK DIKETAHUI:
1 ketika melakukan setiap kerja rumah, pastikan postur tubuh badan sentiasa dalam keadaan

yang betul.

2 minum air sebelum melakukan kerja rumah dan selepas melakukannya.

3 tambah tenaga dengan karbohidrat beberapa jam sebelum melakukan kerja rumah. Pisang

atau sandwich adalah pilihan yang terbaik.

4 jangan terus mandi selepas melakukan kerja rumah.

5 pakai pakaian yang sesuai ketika melakukan kerja rumah.

6 berhenti sebentar jika terlalu penat.

7 memanaskan badan dan lakukan sedikit regangan ringan.

8 lakukan kerja rumah sekurang-kurangnya satu jam setiap minggu (hujung minggu).

Friday, January 1, 2010

WELCOME 2010,BYE 2009


Salam,
New Year, to all bloggers...

hope thn ini kita mempunyai semangat utk memperbaiki kelemahan2 kita pd thn 09..bgi aku 09 adlh thn yg pling indah...kenangan di skolah,rumah dan di mana jua...

yea,mungkin thn terakhir aku b'sama kwn2 yg akan meninggalkan SMKAJ..huhu..aku mesti rindu korang..and cikgu2 yg aku sayangi...korang sume mmg best..aku ingat riuh dlm kelas..suara2 sumbang yg memecah kesunyian di skolah...kita pegi dewan sri bestari sama..duduk sama2..menjawab sama2...opah aty! aku ingat ko nngis sebab math..(sori aku pecah rahsia)..tp i2 kenangan beb..syira aku ingat ko sruh aku temankan ko jumpa tut...(phm2 jelah)..dilah,aku ingat ko kat p. sumber ngan si 'adik' aku,ariff..hehe..pastu aku ingat first time kene marah sesorang dgn c. zillah..ahaks..aku benci..pastu2 g... pastu 3..AAA!!!...koir sama2..tp satu kenangan pling buruk2 sesangat..ko dila..u revealed one secret about #...aku stress gile2..nsib baik aku x di luar jangkaan..mmg pedih..aku ingat dlm kelas safiy yg asyik membebel..kat kelas kasi itu 8-10-tion!.."weh,korang..kita nk wat baju kelas..saper setuju..nk warna apa??..bla..bla..bla..".aku mls nk citer pjg2..nnti nngis...argh! apsal aku tulis p'kara nih...x patut...

sekian,


(p/s:mulakan hidup baru,study betul2 aja2 fighting,ubah imej bru,lihatlah dunia baru!)


LAGI SATU PERKARA YG PENTING! IAITU AJL 24..SIS YUNAA!! GUD LUCK FOR U...TRY THE BEST SHOW..I'M JUST ENJOY THE SHOW...UR SHOW! LUV U!