Sunday, February 28, 2010

BAGAIMANA??

Salam,
Bagaimana apa? aku bkak lmn web iluvislam.com..
ttg teknik mengajak perempuan 'free hair' utk memakai tudung?
jawapannya...

berita:
Ayat Al-Quran dalam surah Al-Ahzab ayat 59 bermaksud:"Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, 'hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang' "Kita sedia maklum bahawa wajib bagi muslimah untuk memakai tudung. Namun, mungkin dikalangan kita mempunyai kawan, adik, kakak, ibu atau kenalan perempuan lain yang tidak memakai tudung.Jadi, pada pandangan anda atau berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakan teknik berkesan untuk mengajak mereka memakai tudung?

Imakubex:
Bismillahirrahmanirrahim,
Secara peribadi, saya merasakan dalam isu pemakaian tudung ini, terlalu banyak yang difikirkan sebagai automatik dengan pemakaian tudung. Memakai tudung tidak bermakna agama seseorang itu terjaga secara automatik, maka persoalan disini bukanlah pemakaian tudung, tetapi penutupan aurat.Tudung, hijab, jilbab, merupakan subset kepada penjagaan aurat. Dan menjaga aurat lebih menyeluruh dan lebih mendalam dari sudut fizikal dan prinsip daripada memakai tudung.Wallahua'lam

normyislam:
Apapun, pemahaman terhadap agama itu perlu ada terlebih dahulu. Menutup aurat kerana apa? solat, puasa..kerana apa? Apabila ada kepercayaan, akidah yang teguh barulah datangnya ketaatan.Nak ajak pakai tudung ni bukanlah mudah andai tiada kefahaman ni. Andai solat pun tak cukup, bagaimana pula nak bertudung. Andai solat pula dah cukup, kenalah fahamkan orang terbabit bahawa perintah Allah itu tidak boleh dibeza-bezakan, mana lebih berdosa dan sebagainya..Tidak boleh nak pilih mana satu yang kita suka dan boleh laksanakan dan yang mana rasa berat, nak tinggalkan. Ini bukan peraturan yang main-main punya, tetapi hukum Allah s.w.t.

gha_najihah:
tapi....ade gak yg tak pakai tudung nih....sebab parents die sendiri tak pakai tudung

jihad fi sabilillah:
salam...saya bersetuju yang bahawa soal utama adalah penutupan aurat coz ramai pemudi2 skrg pakai tudung pon kecik,jarang n kadang2 still menampakkan leher..mmg x patut lah..itulah sebabnya setiap orang perlu menyebarkan kepentingan menutup aurat (termasuk galakan memakai tudund dengan sempurna) seperti yang digesa oleh saudara muhammad naim.namun begitu,bagi pemudi2 yang belum pernah memakai tudung n Allah telah memberikan hidayah kepadanya untuk berhijrah,janganlah kita beranggapan bahawa dye akan terus memakai jubah,tudung labuh n mcm2 lagi seperti seorang muslimah sejati (kalu mmg dye nak begitu,alhamdulillah lah) kerana setiap orang mempunyai tahap keimanan yang berbeza dan memerlukan masa untuk melakukan perubahan dalam dirinya.apabila kita sudah terbyase dengan sesuatu perkara n beranggapan bahawa perkara itu tidak salah (mungkin keran tiada orang yang pernah tegur sebelom ini),kita akan menghadapi kesukaran bagi membuang tabiat itu..so,kepada para pendakwah semua,janganlah terlalu memaksa,berikan mereka masa dan berdakwah lah secara penuh hikmah.kemudian,barulah secara perlahan-lahan n lemah lembut,kita memberikan nasihat n gesaan bagi mereka meningkatkan iman mereka n memperbaiki cara pemakaian mereka kerana iman perlu ditingkatkan pada setiap masa.mmg jalan bagi menuju keredhaan Allah ini tidak lah mudah.kita akan menempuh pelbagai dugaan n cabaran.namun,kita harus sedar bahawa dugaan inilah yang akan menyempurnakan n mengajar kita mengenai cara2 berdakwah yang paling sesuai.stp usaha kita ini pasti dibalas oleh Allah (selagi usaha itu disertai dengan niat yang betol n ikhlas kerana Allah) so,bersabarlah,n istiqamah lah dalam menyebarkan syiar Allah ini.ini hanya pendapat saya,so,jika ada sebarang kesilapan n pendapat,perbetolkanlah saya.ISTIQAMAHLAH WAHAI RAKAN..syukron

hidayah93_jiehah:
~_~ Sekadar pandangan/p'dpt/penilaian... dan yg sme wktu dgnya..

Berita wrote: Ayat Al-Quran dalam surah Al-Ahzab ayat 59 bermaksud:"Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, 'hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang'

"Kita sedia maklum bahawa wajib bagi muslimah untuk memakai tudung. Namun, mungkin dikalangan kita mempunyai kawan, adik, kakak, ibu atau kenalan perempuan lain yang tidak memakai tudung.Seperti yg dibold kan, 'wajib' dimana ianya b'maksud ::..jika dilakukan m'dpt pahala, jika ditinggalkan berdosa pula..::Jadi, kita tahu bahawa muslimah itu diwajibkan 'bertudung'(mnutup aurat). Tapi, pada zaman marcapada ini, perkataan 'wajib' itu seperti diendahkan sahaja oleh mereka(muslimah). B'dasarkan pemerhatian saya, tidak dinafikan ramai juga yg bertudung..tapi, seperti yg dikatakan ahli ili di atas, 'tudung yg digunakan kecik'.. dan saya pernah t'lihat kebanyakan kaum Hawa yg memakai tudung, tetapi leher ditayangkan, rambut belakang sengaja dikeluarkan (pelajar), dan lebih memilukan hati saya apabila kebanyakan mereka yg bertudung banyak melakukan hal yg dilarang dlm Islam.. seperti berpegang tangan, berdua-duaan walhal belum berkahwin..

Jadi, pada pandangan anda atau berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah teknik berkesan untuk mengajak mereka memakai tudung?Terdapat beberapa teknik yakni kaedah yang berkesan untuk mengajak mereka agar memakai tudung.. Mungkin kita boleh menyebarkan risalah bahawa pentingnya bertudung (yang sempurna) kepada mereka. Biar mereka tahu apakah kesannya di akhirat kelak bgi mereka yang tidak bertudung(tdk menutup aurat). Tapi, kita perlu memberi mereka masa untuk melakukan perubahan itu.. tak kira setahun, dua tahun, yg penting mereka ada nawaitu untuk berubah......Mama saya pernah menegur temannya yg sebelum ini tidak bertudung. Alhamdulillh, kini makcik tersebut telah berubah. Dulunya tidak bertudung, mewarnakan rambut. Dan selepas itu beliau menampakkan perubahan dengan m'hitamkan kembali rambut beliau dan mula memakai tudung; rambut masih boleh dilihat dan aurat belum dijaga rapi (pakai baju lengan pendek). Mama tanpa jemu menasihati makcik tersebut dan menegur secara lembut dan mama sabar menunggu perubahan temannya itu. Kini, makcik tersebut telah bertudung (sempurna; pakai baju lengan pnjang, rambut telah ditutup rapi). Alhamdulillah wasyukurillah....Teguran yg lembut boleh melunturkan kedegilan mereka. Mungkin mereka kurang tahu kenapa perlunya b'tudung? Sapa suruh? Jadi kita sebagai hambaNya perlu menjelaskan dan memberi teguran kepada mereka. Saya maklum agak sukar menegur org pd zaman yg mencabar ini, tapi siapa lagi yg ingin menegur atau mengajak mereka melainkan kita sendiri? Tiap manusia itu berbeza sikapnya, tapi tetap bergelar 'manusia' Dan 'manusia' itu sering menjadi mangsa permainan 'hasutan syaitan'. Yang penting kita sentiasa ingat Allah dan iman kita memainkan peranan yg dominan agar tidak menjadi 'mangsa kehidupan'.. Mungkin kita perlu mengajak mereka dgn menayangkan drama yg menuntut kaum Hawa utk bertudng.. Dan, kita perlu menjelaskan cara bertudung yg diterima dl Islam.

Kalau bertudung nmpak rambut,
Kita tengok mcm beserabut,
Style barat itu yang diikut...
Pakai tudung nmpk leher,
Asyik jalan ke hulu ke hilir,
Tutup aurat tak nak fikir!
Pakai baju lengan pendek,
Aku kat sini tengok dah serik,
Agama lain tengok tentu pelik..
Seluar pulak sempit2,
Bertudung tpi ikut merempit,
Tak malu jalan berkepit-kepit...
Pakai baju ketat2..
Suka ati buka aurat,
Tak ke iman kaum Adam tergugat?
mungkin terpengaruh dgn budaya barat...
Bukak tudung sebab nak tunjuk rambut,
ikut pulak style artis barat.
Terpengaruh dgn rakan sebaya? hurmm...
Kurang didikan agama? Siapa yg salah?
Ibu bapa, guru, para ulama', media massa..bla..bla..???
Apekehe?
tak_kuasa_aku:
.....Mama saya pernah menegur temannya yg sebelum ini tidak bertudung. Alhamdulillh, kini makcik tersebut telah berubah. Dulunya tidak bertudung, mewarnakan rambut. Dan selepas itu beliau menampakkan perubahan dengan m'hitamkan kembali rambut beliau dan mula memakai tudung; rambut masih boleh dilihat dan aurat belum dijaga rapi (pakai baju lengan pendek). Mama tanpa jemu menasihati makcik tersebut dan menegur secara lembut dan mama sabar menunggu perubahan temannya itu. Kini, makcik tersebut telah bertudung (sempurna; pakai baju lengan pnjang, rambut telah ditutup rapi). Alhamdulillah wasyukurillah....
Mama awak pun suka nasihatkan orang ye? ...ngeeeeDaripada makcik tu rambut berwarna, mama awak dah membuatkan dia tukar kepada kaler hitam, padahal utk orang tua, menukar rambut kepada warna perang adlh tak berdosa (selagi dia menutup aurat/rambutnya), tetapi menukar kaler rambut kpd kaler hitam yg menampakkan dia seolah2 muda kmbali, adalah berdosa. Sila refer orang 'bijak pandai' utk ini (jgn refer pada orang pura2 pandai, nanti tersalah advice..hehe).Back to the topic, pd saya, segalanya bermula dgn dalaman dulu. First, bgtau girl yg free-hair tu ttg hukum, balasan, kepentingan memakai tudung smpai benda tu embeds dlm diri dia. Cara nasihatkan tu, perlu pendekatan yg lbh bijak, friendly dan sopan. Sbb sstgh orang dia tak suka pendekatan ala-ala 'ustaz-ustazah' yg lbh kepada 'mnyekolah'kn diorg....Secondly, cari/hadiahkan tudung yg labuhnya memadai & cantik, utk dia. Melalui pengamatan sy, wanita yg free-hair dah biasa dgn kekemasan, kecantikan dan mereka lbh bergaya daripada wanita bertudung. Mngubah penampilan mereka kepada bertudung bukanlah mudah. Salah satu caranya ialah dgn memberikan sesuatu yg cantik (tudung) sbg permulaan. Mungkin to some, itu juga melanggar hukum syarak (sbb merelip merelap dpt menarik perhatian lelaki) tp itu lbh elok daripada mereka pakai tudung pendek/keluar rambut mcm politician/improper mcm Ogy Ahmad Daud . Ketiga, provide diorg dgn keratan2 akhbar/ majalah2 yg menunjukkan mcm mana perempuan bertudung bergaya. Idea berfesyen maksud sy. So diorg akan dpt lbh bnyak idea utk menggayakan tudung mereka. Sbb ditakuti kalau diorg takde idea ttg pemakaian tudung yg cantik &mcm mana pemakaian tudung blh mmbuatkan diorg cantik, diorg akan cpt bosan dan kembali kepada free-hair smula. Keempat, terus memberi ilmu kepada diorg ttg tudung, supaya some day, diorg akan pakai tudung ikut hukum syarak dgn rela hati, disamping mengikut segala suruhan agama yg lain2.
*** Ada lelaki yg suh isteri/gf/tunang pakai tudung, tp mata dok tak berkelip tgk awek seksi. Ada juga yg suh pki tudung, tp ajak pegang tgn, tgk wayang, cakap lucah, menipu mak bapak sbb nak kuar dating, etc. So, utk membuatkan pasangan anda stick dgn tudung tu (dan buat lain2 benda yg dianjurkan oleh Islam) , jaga la perangai anda. Sbb sesiapa pun akan cuma ikut nasihat orang yg LAYAK dihormati sahaja. Elakkan HOBI mengubah orang lain, sebaliknya turut sama2 mengubah diri sendiri sekali, supaya anda berdua jadi psgn yg mulia disisi agama, dan melahirkan zuriat yg baik utk generasi akan datang.
lebah_87:
Pendapat saya, keutamaan sepatutnya dititik beratkan kepada isu penutupan aurat. Aurat bermaksud kecacatan, keaiban atau kekurangan yang wajib kita tutup. Aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat (parts of the body which must be covered).
Menutup aurat bukan sekadar menutup rambut kepala dengan cara memakai tudung. Memakai tudung belum cukup untuk memenuhi kriteria menutup aurat. Tetapi memakai tudung adalah salah satu daripada kriteria menutup aurat.
Apalah ertinya bertudung, tetapi pakai baju singkat. Bila angkat tangan, nampak badan. Apalah ertinya bertudung, tetapi tudungnya di selimpang di bahu hingga menampakkan tubuh badan.
Jika di jalanraya ada Zon Had Laju. Kita juga boleh wujudkan 'Zon Menutup Aurat'. Kita hadiahkan tudung kepada mereka dan bagi compliment (pujian) contoh, "Kamu nampak lebih cantik bila kamu bertudung".
SYAQ: SKE YG INI ..LAWAK BTUL GAK TP B'PADA-PADALAH SKIT..




No comments: