Tuesday, September 15, 2009

"Demi masa,sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan juga mereka yang saling tolong-menolong dengan kebenaran dan saling tolong- menolong dengan kesabaran."(Quran)

Wednesday, September 9, 2009

09-09-09

Sesiapa yang lahir hari ni..mmg bertuah..aku ucapkan happy birthday..One more things,,aku nk luahkan ketidakpuasan hati ini..Kenapa wanita zaman sekarang ni susah sangat nak tutup aurat bagi wanita..Ini bukan untuk menyinggung perasaan sesiapa pun.Kalau terasa..suka ati anda.. Sebagai pendidik kenalah tunjuk contoh yang terbaik kepada anak-anak muda yang akan mewarisi tanah air kita yang tercinta ini..Dan juga sebagai umat Islam juga patut menunjukkan contoh yang baik..Oleh itu,agama kita(Islam) tidak akan dipandang serong..kesianla budak lelaki..mata diorang bukannya boleh nak dijaga..kadang asyik 'terjatuh' je...Kesannya, kurang lelaki berada di universiti...bukan nk ckp semua Kaum Adam sesetengahla..salah wanita juga kan..kerana tidak reti untuk menjaga perhiasan yang dikurniakan oleh Tuhan...bukannya susah pun nk menjaga diri...Miskin ke nk beli kain lebih..kain langsir lama kat umah tu pun ada banyak..kalau nak amikla buat tudung labuh..baju kurung dan sebagainya....terima kasih..assalammualaikum...

Tuesday, September 8, 2009

SALAM MUHIBAH

Salam...hai silih berganti,dh nk dekat PMR rupanya...ish...ish..aku ucapkan SEMOGA BERJAYA kepada semua calon PMR 09...aku di sini saya selalu memanjatkan doa kepada semua rakan-rakan sperjuangan..aku masih ingat lagi kata-kata Ustazah Mariah,"Doa seorang kawan akan termakbul"..Tanpa kawan,hidup kita kesepian dan sentiasa dalam mood yg tidak happy..Mmm..antara aku dan hamba Allah seorang ni?? err..bolehla sperti biasa je ... cuma idola je..happy? boleh tahan..x sampai beberapa minit pun dh muram...aku teringat novel 'Aku Bukan Billy Milligan' by Norhayati Berahim..Cerita beliau memang best..uuh...antara Adam N' Laura..tp itu cuma khayalan yang menarik hati pembaca.Okla aku chow dlu..Meneruskan perjuangan...GUD LUCK GUYS!!!

Tuesday, September 1, 2009

POSITIF HADAPI KRITIKAN

Bergelar seorang manusia, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada dikritik, dicaci, dan dihina.Sedangkan Allah Yang Maha Pencipta,Maha Hebat, Maha Pengasih pun dicerca orang yang tidak berakal inikan pula kita manusia.

KALA meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis, pedas dan menyakitkan.Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri.Ingatlah, orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh.Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita.Kita mugkin mendahului mereka dalam apa-apa jua perkara.Jadi, berwaspadalah terhadap apa-apa yang mereka katakan.Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan dan cemuhan.Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita.Cara terbaik yang kita boleh lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik, usah berasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita,Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita.Berdiam diri itu lebih baik untuk memadamkan api yang sedang marak.

“Katakanlah (wahai Muhammad):Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu”.(Ali Imran:119)

“Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kepada mereka
dan limpah kurnia-Nya”.-(At-Taubah:74)

KITA INSAN YANG BERUNTUNG

Cuba perhatikan, ramai manusia di sekeliling kita sedang menghadapi pelbagai bencana.Betapa banyak penderitaan yang ditanggung dan hanya iman menjadi kekuatan untuk mengharunginya.

Jadi usah merungut, bersedih dan berputus asa jika kita diuji dengan cabaran yang kecil.Kini sampailah masa untuk kita merenung ke dalam diri sebagai orang yang mulia bersama mereka yang terkena musibah.Tiba juga masa untuk kita menyedari bahawa kehidupan di dunia ini merupakan penjara bagi orang-orang mukmin dan ia ialah tempat kesusahan dan cabaran.

Semua yang dimiliki hari ini hanya pinjaman dan segala-galanya boleh hilang sekelip mata apabila ujian tiba seperti kemiskinan, kematian, kesakitan dan sebagainya.

“Dan kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai-bagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran) dan melalui sabda Rasul “-Ibrahim:14:45

Anggaplah dugaan yang diterima itu bagaikan duri-duri kecil yang tidak ada ertinya. Mohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan dan bersyukurlah atas segala kurniaan-Nya.Jadikan Rasulullah S.A.W. sebagai teladan yang redha dan bersabar dengan pelbagai cabaran yang menimpanya dalam menegakkan Islam.Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W malunya kita jika hanya dugaan kecil, kita sudah berputus asa.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan,penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh)”.