Wednesday, March 25, 2009

RINDU KU KHAYALAN

Telah lama namamu
Terpatri di hatiku
Dan kau sendiri tak pernah
Mengetahuinya
Bila saat pergimu sudah tiba
Tiada kecekalan untuk
Kumelafazkannya
Lalu dengan beratnya aku melepaskan
Kau pergi
Pergi tanpa mengetahui kata hatiku

Aku akur atas apa yang berlaku
Dalam fikiranku hanya mahu
Melupakanmu
Namun hati masih berdegil
Hingga bayangmu memenuhi sudut
Sepiku

Kau yang penuh dengan
Kesederhanaan
Hanya tersenyum apabila kumemandang
Tapi aku tahu kau tiada upaya
Mentafsirkan
Pandanganku penuh bermakna
Makna yang ku sendiri keliru

Dari jauh kusering memerhatikanmu
Tanpa kau sedari aku menjejakimu
Kini kau telah pergi
Telah kau ajarkanku erti rindu

Aku ingin melupakanmu pada saat ini
Tawamu sering mengiang
Di telingaku
Wajahmu yang sering hadir di dalam
Mimpiku
Perlakuanmu yang sering menjadi
Bayangku
Aku anggap sebagai angin lalu…

No comments: