Tuesday, September 1, 2009

KITA INSAN YANG BERUNTUNG

Cuba perhatikan, ramai manusia di sekeliling kita sedang menghadapi pelbagai bencana.Betapa banyak penderitaan yang ditanggung dan hanya iman menjadi kekuatan untuk mengharunginya.

Jadi usah merungut, bersedih dan berputus asa jika kita diuji dengan cabaran yang kecil.Kini sampailah masa untuk kita merenung ke dalam diri sebagai orang yang mulia bersama mereka yang terkena musibah.Tiba juga masa untuk kita menyedari bahawa kehidupan di dunia ini merupakan penjara bagi orang-orang mukmin dan ia ialah tempat kesusahan dan cabaran.

Semua yang dimiliki hari ini hanya pinjaman dan segala-galanya boleh hilang sekelip mata apabila ujian tiba seperti kemiskinan, kematian, kesakitan dan sebagainya.

“Dan kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai-bagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran) dan melalui sabda Rasul “-Ibrahim:14:45

Anggaplah dugaan yang diterima itu bagaikan duri-duri kecil yang tidak ada ertinya. Mohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan dan bersyukurlah atas segala kurniaan-Nya.Jadikan Rasulullah S.A.W. sebagai teladan yang redha dan bersabar dengan pelbagai cabaran yang menimpanya dalam menegakkan Islam.Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W malunya kita jika hanya dugaan kecil, kita sudah berputus asa.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan,penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh)”.




No comments: